Sunday, April 22, 2012

ISTIQOMAH

Istiqomah ialah istilah dalam bahasa arab yang maksudnya membuat sesuatu perkara berulang-ulang secara tetap. Kalau bahsa orang putih pula, practice make perfect. Tapi orang suka guna bahasa orang putih ni. Tapi dalam islam kalau setiap perbuatan yang baik dilaksanakan dengan istiqomah, kita akan dapat kebaikan dunia dan akhirat.

Friday, December 2, 2011

SPM 2011

Peperiksaan SPM  yang sedang berlangsung yang diwarnai oleh hujan sepanjang hari. Semoga semua calon yang mengambil peperiksaan dapat memberikan tumpuan dan buat yang terbaik.
Minggu kedua cuti persekolahan , tidak bermakna kita akan rehat sepenohnya. Ada tugasan yang perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Friday, April 1, 2011

KEPUTUSAN SPM 2010

Walaupun sudah seminggu keputusan SPM diumumkan namun masih ramai yang masih memperkatakan mengenai kejayaan atau kegagalan yang diterima.
Walaupun keputusan SPM 2010 tidak melonjakkan SMKSR namun penurunan peratus pencapaian tidak akan melemahkan semangat dan usaha guru-guru SMKSR untuk terus memberi khidmat yang terbaik untuk anak bangsa.

Keputusan : Lulus 93 %

GP 5.8

Mata pelajaran Bidang Teknik dan Vokasional telah menunjukan peningkatan yang cemerlang
iaitu mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan, Rekacipta, Teknologi Kejuruteraan,Prinsip Akaun dan Ekonomi Asas.
Tahniah kepada guru-guru yang telah dapat melaksanakan tugas dengan cemerlang dan juga kepada pelajar yang telah berjaya menunjukan prestasi yang baik.


Saturday, February 12, 2011

Tugas 2011

Tahun 2011 telah lebih sebulan berlalu. Namun banyak perkara yang perlu diselesaikan
1 Buku rekod mengajar
2 Fail panitia
3 perancangan program 2011
4 PBS -kerja kursus
5 lain-lain

Kerja tidak pernah habis selagi bernama manusia sehingga datang ajalnya.

Friday, October 1, 2010

PEPERIKSAAN PMR


5 OKTOBER 2010 ,hari pertama Peperiksaan PMR berjalan. Didoakan semuga semua calon PMR SMK Simpang Rengam dapat menjawab semua soalan dengan tenang dan betul.
Selamat menjawab peperiksaan dengan cemerlang.

Friday, August 6, 2010

PERCUBAAN PMR

Selamat menjawab soalan Percubaan bagi pelajar Tingkatan 3 yang telah bermula pada 2 Julai 2010.
Peperiksaan PMR merupakan suatu permulaan mengenal kebolehan , kekuatan , kelebihan dan kelemahan bagi setiap pelajar dalam akademik. Pelajar harus lulus semua mata pelajaran yang diambil bagi Peperiksaan PMR baru dikira sebagai lulus.
Doa dan usaha adalah cara atau kaedah untuk mencapai kejayaan dalam apa jua tugas yang dilakukan
Didoakan semoga semua pelajar dapat memberi tumpuan dan berusaha membuat sebaik mungkin semasa mejawab soalan.
Jumlah pelajar Tingkatan 3 SMKSR pada Tahun ini ialah 445 orang .
Pelajar SMKSR yang mengambil Mata pelajaran Kemahiran Hidup mengikut pecahan ialah seperti berikut
Kemahiran Teknikal - 60 orang
ERT - 188 orang
Perdangan - 104 orang
Pertanian - 93 orang

Thursday, July 8, 2010

POST MORTEM PEPERIKSAAN SETENGAH TAHUN 2010

Hari ini 8 Julai 2010 , SMKSR telah melaksanakan post mortem pencapaian pelajar dalam Peperiksaan Setengah Tahun yang telah berlansung pada bulan jun yang lepas.