Wednesday, April 22, 2009

Minggu Teknik dan Vokasional

Panitia-Panitia yang berada dibawah Bidang Teknik dan Vokasional telah Keluarkan Pemformatan daripada pemilihanmengadakan pelbagai program sepanjang minggu ini bermula 20 April hingga 24 April 2009. Dibawah ini ialah jadual program yang telah dirangka oleh Ketua Panitia bersama dengan guru-guru mata pelajaran masing-masing.





Monday, April 20, 2009

Pembinaan Item

Penilaian merupakan perkara yang sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Terdapat dua jenis penilaian yang biasa dilaksanakan disekolah
1. Jenis Sumatif
2. Jenis Formatif
Sebelum penilaian dijalankan sudah tentu soalan atau item yang mesti disediakan atau digubal dahulu.
Bermula dengan membina JSI ,kemudian item dibina berdasarkan JSI yang telah disediakan.
JSI bertindak sebagai panduan,penentusahkan item dan untuk menetukan kepentingan sesuatu topik yang diajar.
Item yang dibina bersandarkan teksonomi bloom , dimulakan dengan Tingkat pengetahuan, Kefahaman,Aplikaasi, Analisis, Sintesis, dan Penilaian.

SMKSR telah mengadakan kursus LDP pembinaan item bagi semua guru pada 18 April 2009 iaitu hari Sabtu.

Thursday, April 16, 2009

PENDIDIKAN DAN MEMBANGUNKAN INSAN

Pada hari ini , SMK Simpang Rengam telah digemparkan dengan kehadiran Ketua Balai Polis Simpang Rengam.Ketua Balai telah memberi penerangan pelbagai perkara yang berlaku dalam kehidupan sebagai panduan oleh pelajar -pelajar tingkatan 4.
Sebagai renungan kita saya berharap artikel dibawah boleh dijadikan paduan.
Artikel di dalam sebuah surat khabar utama di Malaysia yang melaporkan mengenai keruncingan masalah di kalangan para pelajar yang bertajuk "'Jiwa kosong, dahaga perhatian’
Menurut artikel itu, PEGANGAN agama yang longgar serta penekanan ibu bapa yang terlalu mementingkan pencapaian akademik adalah antara penyebab utama jiwa pelajar tertekan lalu mudah terjebak dalam kejadian tidak diingini termasuk jenayah.
“Ini menjadikan kehidupan mereka amat tertekan. Jadual mereka padat dengan tanggungjawab akademik serta perlu memenuhi tuntutan ibu bapa sepanjang masa.Hal ini tidaklah menghairankan, kerana sistem pendidikan yang ada sekarang ini sekalipun ianya dilabelkan Islam, tetapi hanya mampu mengubah dasar, matlamat serta teknik pentadbiran aqliah dan lahiriah sahaja, namun ianya tidak dapat mengubah jiwa atau rohaniah manusia sehingga membuatkan mereka merasa diri mereka adalah hamba yang perlu patuh kepada Allah SWT.
Manusia bukan hanyalah fizikal dan akal saja, tetapi memiliki hati nurani atau roh .
Namun kita tidak tahu betapa pentingnya roh ini dan tidak tahu bagaimana membangunkan hati nurani atau roh tersebut.
Bahkan mereka sendiri tidak mampu mendidik dan membangunkan hati nurani atau roh mereka sendiri.
Akhirnya mereka hanya mampu menjayakan pembangunan akal dan material saja, sedangkan rohaniah anak didiknya tidak jauh bezanya dengan haiwan.
Sekarang ini ramai manusia yang sombong, ego, kejam, pemarah, hasad dengki, gila kuasa, gila dunia, menggunakan kekuatan flzikal, akal dan segala cara untuk mencapai tujuannya.
Hasilnya semakin terbangun akal dan material manusia, semakin huru-hara dan kacau-bilau dunia. Tiada kasih sayang, keamanan, kedamaian dan keharmonian. Jauh sekali daripada keampunan Tuhan.
Padahal kejayaan besar seorang pendidik atau pemimpin ialah dapat melakukan pembangunan insaniah manusia sehingga mereka mengalami perubahan jiwa, fikiran dan fizikal.
Insaniahnya dibangunkan sehingga mempunyai ciri-ciri malaikat, akalnya di-bangunkan dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat, selamat dan menyelamatkan dan fizikalnya dibangunkan sehingga menjadi sihat dan kuat untuk beribadah kepada Allah dan berkhidmat kepada sesama manusia.

Saturday, April 11, 2009

Rasa Kehambaan

Tujuan sembahyang kerana hendak melahirkan rasa kehambaan kepada Allah yang Maha Pencipta lagi Berkuasa. Oleh itu di dalam sembahyang mesti hudhur, faham, takzim, hebat, raja', haya', kalau rasa-rasa tersebut tidak ada di dalam sembahyang bukan sembahyang namanya.

Friday, April 10, 2009

Mata Pelajaran ICT

Di Kluang hanya empat buah sekolah yang menawarkan mata pelajaran ICT kepada para pelajar iaitu
  • SMK Simpang Rengam
  • SMK Jalan Mengkibol
  • SMK Dato' Haji Hassan Yunus
  • SMK Tinggi Kluang

Tenaga pengajar mahir yang memberi sumbangan dalam bidang ini ialah seramai 6 orang.

JKD Kluang bagi ICT ialah SMK Simpang Rengam . Bersama-sama guru Ketua Panitia Sekolah-sekolah tersebut , telah merancang beberapa program untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam mata pelajaran ICT. Iaitu ,

  1. Bengkel kecemerlangan kerja kursus
  2. Kursus pembinaan Bahan Bantu Mengajar ICT
  3. Pertandingan penyelengaraan komputer
  4. Bengkel Zoom A ICT

Wednesday, April 8, 2009

SATU SOALAN SEPULUH JAWAPAN


Sebuah kisah yang elok dijadikan panduan dalam kehidupan kita.Petikan daripada Ikhwan Today.

Sepuluh orang pembesar Yahudi telah datang menemui Sayidina Ali k.w.j secara bergilir-gilir. Mereka bertanyakan satu soalan yang serupa dan dijawab oleh Sayidina Ali dengan sepuluh jawapan yang berbeza-beza.

Soalannya: "Yang manakah lebih bermanfaat ilmu atau harta?"

" Tentulah ilmu" jawab Sayidina Ali.

" Apakah alasan tuan berkata dernikian?"

Sayidina Ali menjawab: "Ilmu itu pusaka ataupun warisan para Nabi sebaliknya harta itu pusaka Qarun."

Soalan: "Yang manakah lebih bermanfaat,ilmu atau harta? "

Sayidina Ali pun pun menjawab: "Tentulah iImu kerana ilmu itu menjaga dan memelihara kita, tetapi harta kita pula yang terpaksa menjaga dan memeliharanya."

Kali ketiga Sayidina Ali pun menjawab: "Tentulah ilmu kerana orang yang berharta banyak musuhnya seperti pencuri dan penyamun, dan sentiasa pula bimbang akan hartanya itu. Sebaliknya orang yang berilmu ramai sahabat dan sentiasa selamat. "

Jawapan keempat : "Ilmu lebih bermanfaat kerana harta jika selalu digunakan akan berkurangan, sebaliknya ilmu jika selalu digunakan akan bertambah. "

Jawapan yang kelima: "Ilmu lebih bermanfaat kerana orang berharta kerap dipanggil dengan gelaran bakhil atau cela. Tetapi orang berilmu sering dipanggil dengan nama yang baik dan mulia.

Jawapan yang keenam: "Ilmu lebih bermanafaat kerana harta perlu dijaga supaya tidak dicuri tetapi ilmu tidak perlu menjaganya daripada kecurian."

Jawapan ketujuh: " Ilmu lebih bermanfaat kerana harta akan dihisab kelak tetapi ilmu akan memberi syafaat."

Jawapan kelapan: Sayidina Ali tetap mengatakan " Ilmu lebih bermanafaat kerana harta akan rosak sekiranya disimpan tetapi ilmu tidak akan rosak walau selama manapun disimpan."

Jawapan kesembilan: " Ilmu lebih bermanafaat kerana harta mengeraskan hati tetapi ilmu melembutkan hati."

Dan jawapan yang terakhir untuk pembesar Yahudi yang kesepuluh Sayidina Ali tetap mangatakan ilmu lebih bermanfaat daripada harta kerana pemilik harta selalu merasakan dirinya hebat, malah ada yang merasakan dirinya Tuhan seperti Qarun. Tetapi pemilik ilmu selalu merasakan dirinya lemah dan hamba Allah.

Ackhirnya sepuluh orang pembesar Yahudi itu berkumpul semula membincangkan jawapan yang diberi oleh SayidinaAli. Memang benarlah Sayidina Ali seorang yang tinggi ilmunya.

Dengan kehendak Allah kesepuluh orang pembesar Yahudi itu pergi semula ke rumah Sayidina Ali untuk memeluk agama Islam.

Kata Sayidina Ali: "Jika datang lagi mereka kepada aku bertanyakan soalan yang sama, aku tetap akan memberikan jawapan yang berlainan sehingga akhir hayatku."

Tuesday, April 7, 2009

Audit Akademik


Guru dapat menilai keupayaan dan kebolehan pelajar dalam akademik berdasarkan pencapaian murid dalam ujian atau peperiksaan.


Beberapa perkara yang boleh dinilai antaranya:
  • kemampuan murid menjawab soalan dalam format yang tertentu samada objektif atau subjektif.

  • menilai kefahaman murid dalam tajuk tertentu yang diajar.

  • mencari formula terbaik untuk mengatasi kelemahan atau menambahbaik program yang telah ada.

  • menilai keupayaan diri sendiri ketika P&P berjalan.

Sebagai manusia kita hanya oleh berusaha dan Tuhan yang akan mengizinkan.