Friday, December 2, 2011

SPM 2011

Peperiksaan SPM  yang sedang berlangsung yang diwarnai oleh hujan sepanjang hari. Semoga semua calon yang mengambil peperiksaan dapat memberikan tumpuan dan buat yang terbaik.
Minggu kedua cuti persekolahan , tidak bermakna kita akan rehat sepenohnya. Ada tugasan yang perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Friday, April 1, 2011

KEPUTUSAN SPM 2010

Walaupun sudah seminggu keputusan SPM diumumkan namun masih ramai yang masih memperkatakan mengenai kejayaan atau kegagalan yang diterima.
Walaupun keputusan SPM 2010 tidak melonjakkan SMKSR namun penurunan peratus pencapaian tidak akan melemahkan semangat dan usaha guru-guru SMKSR untuk terus memberi khidmat yang terbaik untuk anak bangsa.

Keputusan : Lulus 93 %

GP 5.8

Mata pelajaran Bidang Teknik dan Vokasional telah menunjukan peningkatan yang cemerlang
iaitu mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan, Rekacipta, Teknologi Kejuruteraan,Prinsip Akaun dan Ekonomi Asas.
Tahniah kepada guru-guru yang telah dapat melaksanakan tugas dengan cemerlang dan juga kepada pelajar yang telah berjaya menunjukan prestasi yang baik.


Saturday, February 12, 2011

Tugas 2011

Tahun 2011 telah lebih sebulan berlalu. Namun banyak perkara yang perlu diselesaikan
1 Buku rekod mengajar
2 Fail panitia
3 perancangan program 2011
4 PBS -kerja kursus
5 lain-lain

Kerja tidak pernah habis selagi bernama manusia sehingga datang ajalnya.