Friday, April 1, 2011

KEPUTUSAN SPM 2010

Walaupun sudah seminggu keputusan SPM diumumkan namun masih ramai yang masih memperkatakan mengenai kejayaan atau kegagalan yang diterima.
Walaupun keputusan SPM 2010 tidak melonjakkan SMKSR namun penurunan peratus pencapaian tidak akan melemahkan semangat dan usaha guru-guru SMKSR untuk terus memberi khidmat yang terbaik untuk anak bangsa.

Keputusan : Lulus 93 %

GP 5.8

Mata pelajaran Bidang Teknik dan Vokasional telah menunjukan peningkatan yang cemerlang
iaitu mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan, Rekacipta, Teknologi Kejuruteraan,Prinsip Akaun dan Ekonomi Asas.
Tahniah kepada guru-guru yang telah dapat melaksanakan tugas dengan cemerlang dan juga kepada pelajar yang telah berjaya menunjukan prestasi yang baik.