Friday, April 1, 2011

KEPUTUSAN SPM 2010

Walaupun sudah seminggu keputusan SPM diumumkan namun masih ramai yang masih memperkatakan mengenai kejayaan atau kegagalan yang diterima.
Walaupun keputusan SPM 2010 tidak melonjakkan SMKSR namun penurunan peratus pencapaian tidak akan melemahkan semangat dan usaha guru-guru SMKSR untuk terus memberi khidmat yang terbaik untuk anak bangsa.

Keputusan : Lulus 93 %

GP 5.8

Mata pelajaran Bidang Teknik dan Vokasional telah menunjukan peningkatan yang cemerlang
iaitu mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan, Rekacipta, Teknologi Kejuruteraan,Prinsip Akaun dan Ekonomi Asas.
Tahniah kepada guru-guru yang telah dapat melaksanakan tugas dengan cemerlang dan juga kepada pelajar yang telah berjaya menunjukan prestasi yang baik.


Saturday, February 12, 2011

Tugas 2011

Tahun 2011 telah lebih sebulan berlalu. Namun banyak perkara yang perlu diselesaikan
1 Buku rekod mengajar
2 Fail panitia
3 perancangan program 2011
4 PBS -kerja kursus
5 lain-lain

Kerja tidak pernah habis selagi bernama manusia sehingga datang ajalnya.

Friday, October 1, 2010

PEPERIKSAAN PMR


5 OKTOBER 2010 ,hari pertama Peperiksaan PMR berjalan. Didoakan semuga semua calon PMR SMK Simpang Rengam dapat menjawab semua soalan dengan tenang dan betul.
Selamat menjawab peperiksaan dengan cemerlang.

Friday, August 6, 2010

PERCUBAAN PMR

Selamat menjawab soalan Percubaan bagi pelajar Tingkatan 3 yang telah bermula pada 2 Julai 2010.
Peperiksaan PMR merupakan suatu permulaan mengenal kebolehan , kekuatan , kelebihan dan kelemahan bagi setiap pelajar dalam akademik. Pelajar harus lulus semua mata pelajaran yang diambil bagi Peperiksaan PMR baru dikira sebagai lulus.
Doa dan usaha adalah cara atau kaedah untuk mencapai kejayaan dalam apa jua tugas yang dilakukan
Didoakan semoga semua pelajar dapat memberi tumpuan dan berusaha membuat sebaik mungkin semasa mejawab soalan.
Jumlah pelajar Tingkatan 3 SMKSR pada Tahun ini ialah 445 orang .
Pelajar SMKSR yang mengambil Mata pelajaran Kemahiran Hidup mengikut pecahan ialah seperti berikut
Kemahiran Teknikal - 60 orang
ERT - 188 orang
Perdangan - 104 orang
Pertanian - 93 orang

Thursday, July 8, 2010

POST MORTEM PEPERIKSAAN SETENGAH TAHUN 2010

Hari ini 8 Julai 2010 , SMKSR telah melaksanakan post mortem pencapaian pelajar dalam Peperiksaan Setengah Tahun yang telah berlansung pada bulan jun yang lepas.


Tuesday, May 18, 2010

SELAMAT HARI GURU


16 Mei adalah Hari Guru.
Selamat Hari Guru kepada semua guru Malaysia khususnya guru-guru SMKSR.
Tahniah dan terima kasih guru atas semua sumbangan dan jasa yang tidak ternilai disepanjang perhidmatan .
Sambutan hari guru peringkat sekolah telah dilaksanakan pada 17 Mei dengan meriah dan ceria.
Penglibatan guru-guru dalam pelbagai acara yang telah disediakan sungguh menggalakkan.
Murid-murid turut sama memeriahkan suasana dengan memberi sokongan kepada guru-guru yang mengambil bahagian.




Wednesday, May 5, 2010

MINGGU TEKNIK DAN VOKASIONAL

Tahiah kepada Guru-guru dan murid-murid yang telah mengambil bahagian dalam program Minggu Teknik dan Vokasional.
Minggu Teknik dan Vokasional telah berlangsung selama seminggu bermula 26 April hingga 30 April 2010 yang lalu.
Setaip Panitia dibawah bidang Tenik dan Vokasional telah melaksanakan program yang telah dirancang dengan meriah dan terkawal.
Terima kasih kepda guru-guru panitia yang telah berusaha merancang, membuat persiapan dan melaksanakan sehingga berjaya setiap progran yang telah ditetapkan.

Berikut ialah Panitia dan program yang telah dilaksanakan

Kemahiran Hidup - Pertandingan Memasak

Prisip Akaun - Kuiz berkumpulan terbuka

Rekacipta - Pertandingan 'spagetti bridge'

Perdagangan - Pertandingan Mencipta Peta minda

Ekonomi Asas - Pertandingan Kuiz