Thursday, October 22, 2009

ILMU DAN AMAL

Ilmu sangat penting dalam kehidupan. Tanpa ilmu, manusia akan menjadi tidak berguna. Hendak berbuat, tak tahu caranya. Hendak bergerak, tak tahu langkahnya. Hendak berpergian, tak tahu arah tujuannya. Untuk menguruskan hal dunia, kita perlu kepada ilmu. Untuk menguruskan hal Akhirat pun, lebih-lebih lagi kita perlu kepada ilmu.

Islam amat mementingkan ilmu. Orang yang berilmu tidak akan sama dengan orang yang tidak berilmu. Allah mengangkat orang-orang yang berilmu itu beberapa darjat. Allah lebih suka kepada ulama yang fasiq daripada orang jahil yang taat. Orang yang jahil itu adalah musuh Allah.Ilmu itu cahaya yang menerangi dan menyuluh jalan-jalan yang hendak ditempuh. Dengan ilmu, kita dapat melihat mana jalan yang benar dan mana jalan yang salah; mana jalan yang baik dan mana yang buruk; dan mana jalan yang hak dan mana jalan yang batil. Orang yang mempunyai ilmu itu ibarat orang yang mempunyai obor di malam yang gelap gelita.

Dia boleh menerangkan kegelapan untuk dirinya dan juga untuk orang lain.dengan ilmunya. Hanya setakat tahu, belum tentu ilmu itu dapat memberi kebaikan atau manfaat kepada yang memilikinya. Berlainan dengan faham. Faham itu ialah tahu lahir dan batinnya, tahu yang tersurat dan yang tersirat di sebaliknya.

Akan tetapi, ilmu semata-mata tidak menjamin apa-apa. Kalau banyak pun ilmu yang dimiliki oleh seseorang itu, tidak bermakna dia akan selamat dari terjerumus ke dalam lembah dosa dan maksiat. Seperti juga orang yang mempunyai obor, tidak semestinya dia tidak akan sesat atau tidak akan tersungkur.

Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya:“Sesiapa yang Allah menghendaki kebaikan baginya, Dia akan memberinya faham tentang agama.”

Tidak dikatakan “… akan diberinya ilmu tentang agama.”

Jadi, orang yang mempunyai ilmu itu tidak semestinya dia faham dan tidak semestinya dia dapat beramal, sesuai dengan ilmunya. Hanya setakat tahu sahaja, belum tentu ilmu itu dapat memberi kebaikan atau manfaat kepada orang yang memilikinya. Berlainan dengan faham. Faham itu ialah tahu lahir dan batinnya, tahu yang tersurat dan yang tersirat di sebaliknya.

Di samping ilmu, apa yang sebenarnya kita perlukan ialah taufiq iaitu pimpinan Allah. Dengan taufiq, segala amal perbuatan kita akan setentang atau tepat dengan ilmu. Barulah ilmu itu menjadi ilmu yang bermanfaat bagi kita dan dapat kita menjadi orang yang beramal dengan ilmunya. Islam itu ialah iman, ilmu dan amal.

Tanpa taufiq inilah maka kita sering lihat orang yang amalannya tersimpang dari ilmunya. Tidak kurang kita lihat orang yang mengajar ilmu tauhid tetapi dia sendiri tidak mampu berjiwa tauhid. Atau orang yang alim tentang hukum sembahyang, tetapi dia sendiri tidak mendirikan sembahyang. Atau ulama-ulama yang secara terus-menerus terlibat dengan dosa-dosa besar.

Atau ulama-ulama yang mengubah hukum hakam untuk menjaga kepentingan pangkat, jawatan dan kedudukannya, dan yang menggunakan ilmunya untuk membenarkan tindak-tanduknya yang salah.

Malahan ada manusia yang bertaraf profesor di universiti universiti di Barat yang hafaz Al Quran dan hafaz beribu-ribu hadis, lengkap dengan perawinya, bahkan pula layak memberi ijazah dan Phd. pengajian Islam kepada graduan-graduan Islam, tetapi mereka sendiri tetap kufur dan tetap tidak beriman kepada Allah.

Ulama yang tidak beramal dengan ilmunya akan masuk Neraka 500 tahun lebih dahulu dari penyembah berhala. Dan di kalangan ulama ada yang digelar ulama “suk” atau ulama jahat yang kerjanya melarang manusia menuju kepada Tuhan dan menyusahkan manusia membuat kebaikan dan kebajikan. Maksiat dan kemungkaran tidak pula dilarang atau ditegurnya.

Rasulullah SAW memerintahkan kita supaya lari dari ulama jahat seperti ini seperti mana kita lari dari singa yang ganas. Dunia telah masuk dan bersarang di dalam hati-hati mereka. Mereka merosakkan agama di atas nama agama. Ilmu itu amanah Allah. Kalau kita diberi ilmu, kita bertanggungjawab.

Kita perlu mengamalnya, menyampaikan atau mengajarnya dan memperjuangkannya. Di Akhirat nanti, kita akan disoal tentang ilmu yang ada pada kita itu.

Petikan dari kembara diperjalan

Monday, October 12, 2009

PERANCANGAN STRATEGIK


Pada 10 Oktober Unit Kurikulum SMK Simpang Rengam telah mengadakan kursus Perancangan strategik yang bertujuan untuk meningkatan profesionalisma guru .
Kursus telah disampaikan oleh Tuan Haji Mohamad b Yusof selaku penceramah yang juga Penolong Kanan SMKSR.

'Beyond the result' ialah merupakan perkara yang penting perlu difikirkan dan dinilai sebelum perancangan diatur dan dirancang. Keputusan peperiksaan ialah hasil akhir yang diperolehi bagi seorang murid semasa dialam persekolahan. Namun kita harus menerima hakikat bahawa pencapaian peperiksaan bukan alat pengukur untuk menentukan kecemerlangan sebenar murid -murid kita.
Harus dinilai adakah murid kita cemerlang sahsiahnya,akhlaknya atau disiplinnya. Setiap daripada kita akan ditanya adakah tugas dan tanggujawab telah dipenuhi dan dilaksanakan dengan sungguh-sunguh mengikut kemanpuan kita. Andai kita masih merasa ada kekurangan mohon ampunlah kepada Allah dan berterimakasih kepada Tuhan kerana masih mengizinkan kita membetulkan kesilapan.


2. ANALISIS SWOT/TOWS (KLAP)

v Senarai kekuatan & kelemahan (Tanda * pada 3 teratas)

v Senaraikan peluang & ancaman (Tanda * pada 3 teratas)

Dalaman

Luaran

Kekuatan (S)

Peluang (O)

Kelemahan (W)

Ancaman (T)

KEKUATAN DAN KELEMAHAN

Apakah kekuatan utama organisasi anda?

1.2. 3..

Apakah bidang yang paling memerlukan pembaikan?

1.2. 3.

PELUANG DAN ANCAMAN

Apakah peluang utama yang mempunyai implikasi strategik terhadap organisasi anda?

1.2. 3. 4. 5.

Apakah ancaman utama yang mempunyai implikasi strategik terhadap organisasi anda?

1.2. 3. 4. 5.

KRITERIA PEMILIHAN

STRATEGI 1

STRATEGI 2

STRATEGI 3

CATATAN

a. tahap kesukaran proses kerja

b. kompetensi staf yang bertanggungjawab

c. sumber kewangan dan kos pembiayaan terlibat

d. kemudahan infrastruktur dan peralatan

e. andaian keupayaan mengatasi halangan

f. andaian hasil yang dijangkakan/ impaknya untuk mencapai objektif, matlamat/isu, misi dan visi

g. akur/kepatuhan dengan mandat/arahan

h. rekod keberkesanan pelaksanaan yang lepas

i. kesesuaian dengan persekitaran terkini

JUMLAH SKOR

KEPUTUSAN

ULASAN









Monday, October 5, 2009

PMR 2009

Persiapan menjelang peperiksan PMR telah bermula. Unit peperiksaan SMKSR telah membuat persiapan menyediakan dan mengatur kerusi meja didewan dengan bantuan daripada pelajar tingkatan 3 .

Selamat menduduki peperiksaan PMR ,semoga cemerlang hati, cemerlang sahsiah dan cemerlang diri.

Hayatilah senikata ini

Adik ku muda remaja

Awasi diri bila melangkah

Wajah mu manis bak bunga

Pasti ramai yang tegoda

Tidak dilarang kau bersuka

Asal tahu batasnya

Jangan sampai adik terlupa

Harapan dan cita-cita

Ibu dan ayah menaruh harapan

Agar kau berjaya dihari kemudian

Bila tiba waktu petang

Dari sekolah kau pulang

Bergalaas buku dipinggang

Siapa lihat pasti tertawan

Adik masih bersekolah

awas segala dugaan

adik akan ambil periksa

agar senang masa depan