Wednesday, December 9, 2009

Sijil Pelajaran Malaysia

Peperiksaan SPM sebagai penentu dan arah tuju pelajar yang sedang dihadapi oleh para pelajar akan berakhir tidak lama lagi iaitu 16 Disember ini.

Thursday, October 22, 2009

ILMU DAN AMAL

Ilmu sangat penting dalam kehidupan. Tanpa ilmu, manusia akan menjadi tidak berguna. Hendak berbuat, tak tahu caranya. Hendak bergerak, tak tahu langkahnya. Hendak berpergian, tak tahu arah tujuannya. Untuk menguruskan hal dunia, kita perlu kepada ilmu. Untuk menguruskan hal Akhirat pun, lebih-lebih lagi kita perlu kepada ilmu.

Islam amat mementingkan ilmu. Orang yang berilmu tidak akan sama dengan orang yang tidak berilmu. Allah mengangkat orang-orang yang berilmu itu beberapa darjat. Allah lebih suka kepada ulama yang fasiq daripada orang jahil yang taat. Orang yang jahil itu adalah musuh Allah.Ilmu itu cahaya yang menerangi dan menyuluh jalan-jalan yang hendak ditempuh. Dengan ilmu, kita dapat melihat mana jalan yang benar dan mana jalan yang salah; mana jalan yang baik dan mana yang buruk; dan mana jalan yang hak dan mana jalan yang batil. Orang yang mempunyai ilmu itu ibarat orang yang mempunyai obor di malam yang gelap gelita.

Dia boleh menerangkan kegelapan untuk dirinya dan juga untuk orang lain.dengan ilmunya. Hanya setakat tahu, belum tentu ilmu itu dapat memberi kebaikan atau manfaat kepada yang memilikinya. Berlainan dengan faham. Faham itu ialah tahu lahir dan batinnya, tahu yang tersurat dan yang tersirat di sebaliknya.

Akan tetapi, ilmu semata-mata tidak menjamin apa-apa. Kalau banyak pun ilmu yang dimiliki oleh seseorang itu, tidak bermakna dia akan selamat dari terjerumus ke dalam lembah dosa dan maksiat. Seperti juga orang yang mempunyai obor, tidak semestinya dia tidak akan sesat atau tidak akan tersungkur.

Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya:“Sesiapa yang Allah menghendaki kebaikan baginya, Dia akan memberinya faham tentang agama.”

Tidak dikatakan “… akan diberinya ilmu tentang agama.”

Jadi, orang yang mempunyai ilmu itu tidak semestinya dia faham dan tidak semestinya dia dapat beramal, sesuai dengan ilmunya. Hanya setakat tahu sahaja, belum tentu ilmu itu dapat memberi kebaikan atau manfaat kepada orang yang memilikinya. Berlainan dengan faham. Faham itu ialah tahu lahir dan batinnya, tahu yang tersurat dan yang tersirat di sebaliknya.

Di samping ilmu, apa yang sebenarnya kita perlukan ialah taufiq iaitu pimpinan Allah. Dengan taufiq, segala amal perbuatan kita akan setentang atau tepat dengan ilmu. Barulah ilmu itu menjadi ilmu yang bermanfaat bagi kita dan dapat kita menjadi orang yang beramal dengan ilmunya. Islam itu ialah iman, ilmu dan amal.

Tanpa taufiq inilah maka kita sering lihat orang yang amalannya tersimpang dari ilmunya. Tidak kurang kita lihat orang yang mengajar ilmu tauhid tetapi dia sendiri tidak mampu berjiwa tauhid. Atau orang yang alim tentang hukum sembahyang, tetapi dia sendiri tidak mendirikan sembahyang. Atau ulama-ulama yang secara terus-menerus terlibat dengan dosa-dosa besar.

Atau ulama-ulama yang mengubah hukum hakam untuk menjaga kepentingan pangkat, jawatan dan kedudukannya, dan yang menggunakan ilmunya untuk membenarkan tindak-tanduknya yang salah.

Malahan ada manusia yang bertaraf profesor di universiti universiti di Barat yang hafaz Al Quran dan hafaz beribu-ribu hadis, lengkap dengan perawinya, bahkan pula layak memberi ijazah dan Phd. pengajian Islam kepada graduan-graduan Islam, tetapi mereka sendiri tetap kufur dan tetap tidak beriman kepada Allah.

Ulama yang tidak beramal dengan ilmunya akan masuk Neraka 500 tahun lebih dahulu dari penyembah berhala. Dan di kalangan ulama ada yang digelar ulama “suk” atau ulama jahat yang kerjanya melarang manusia menuju kepada Tuhan dan menyusahkan manusia membuat kebaikan dan kebajikan. Maksiat dan kemungkaran tidak pula dilarang atau ditegurnya.

Rasulullah SAW memerintahkan kita supaya lari dari ulama jahat seperti ini seperti mana kita lari dari singa yang ganas. Dunia telah masuk dan bersarang di dalam hati-hati mereka. Mereka merosakkan agama di atas nama agama. Ilmu itu amanah Allah. Kalau kita diberi ilmu, kita bertanggungjawab.

Kita perlu mengamalnya, menyampaikan atau mengajarnya dan memperjuangkannya. Di Akhirat nanti, kita akan disoal tentang ilmu yang ada pada kita itu.

Petikan dari kembara diperjalan

Monday, October 12, 2009

PERANCANGAN STRATEGIK


Pada 10 Oktober Unit Kurikulum SMK Simpang Rengam telah mengadakan kursus Perancangan strategik yang bertujuan untuk meningkatan profesionalisma guru .
Kursus telah disampaikan oleh Tuan Haji Mohamad b Yusof selaku penceramah yang juga Penolong Kanan SMKSR.

'Beyond the result' ialah merupakan perkara yang penting perlu difikirkan dan dinilai sebelum perancangan diatur dan dirancang. Keputusan peperiksaan ialah hasil akhir yang diperolehi bagi seorang murid semasa dialam persekolahan. Namun kita harus menerima hakikat bahawa pencapaian peperiksaan bukan alat pengukur untuk menentukan kecemerlangan sebenar murid -murid kita.
Harus dinilai adakah murid kita cemerlang sahsiahnya,akhlaknya atau disiplinnya. Setiap daripada kita akan ditanya adakah tugas dan tanggujawab telah dipenuhi dan dilaksanakan dengan sungguh-sunguh mengikut kemanpuan kita. Andai kita masih merasa ada kekurangan mohon ampunlah kepada Allah dan berterimakasih kepada Tuhan kerana masih mengizinkan kita membetulkan kesilapan.


2. ANALISIS SWOT/TOWS (KLAP)

v Senarai kekuatan & kelemahan (Tanda * pada 3 teratas)

v Senaraikan peluang & ancaman (Tanda * pada 3 teratas)

Dalaman

Luaran

Kekuatan (S)

Peluang (O)

Kelemahan (W)

Ancaman (T)

KEKUATAN DAN KELEMAHAN

Apakah kekuatan utama organisasi anda?

1.2. 3..

Apakah bidang yang paling memerlukan pembaikan?

1.2. 3.

PELUANG DAN ANCAMAN

Apakah peluang utama yang mempunyai implikasi strategik terhadap organisasi anda?

1.2. 3. 4. 5.

Apakah ancaman utama yang mempunyai implikasi strategik terhadap organisasi anda?

1.2. 3. 4. 5.

KRITERIA PEMILIHAN

STRATEGI 1

STRATEGI 2

STRATEGI 3

CATATAN

a. tahap kesukaran proses kerja

b. kompetensi staf yang bertanggungjawab

c. sumber kewangan dan kos pembiayaan terlibat

d. kemudahan infrastruktur dan peralatan

e. andaian keupayaan mengatasi halangan

f. andaian hasil yang dijangkakan/ impaknya untuk mencapai objektif, matlamat/isu, misi dan visi

g. akur/kepatuhan dengan mandat/arahan

h. rekod keberkesanan pelaksanaan yang lepas

i. kesesuaian dengan persekitaran terkini

JUMLAH SKOR

KEPUTUSAN

ULASAN









Monday, October 5, 2009

PMR 2009

Persiapan menjelang peperiksan PMR telah bermula. Unit peperiksaan SMKSR telah membuat persiapan menyediakan dan mengatur kerusi meja didewan dengan bantuan daripada pelajar tingkatan 3 .

Selamat menduduki peperiksaan PMR ,semoga cemerlang hati, cemerlang sahsiah dan cemerlang diri.

Hayatilah senikata ini

Adik ku muda remaja

Awasi diri bila melangkah

Wajah mu manis bak bunga

Pasti ramai yang tegoda

Tidak dilarang kau bersuka

Asal tahu batasnya

Jangan sampai adik terlupa

Harapan dan cita-cita

Ibu dan ayah menaruh harapan

Agar kau berjaya dihari kemudian

Bila tiba waktu petang

Dari sekolah kau pulang

Bergalaas buku dipinggang

Siapa lihat pasti tertawan

Adik masih bersekolah

awas segala dugaan

adik akan ambil periksa

agar senang masa depan


Wednesday, September 30, 2009

Solah Hajat Perdana 2009

Tanggal 7 September iaitu hari Rabu , murid-murid tingkatan 3 akan menghadapi detik atau saat yang menguji keupayaan mereka dalam menuntut ilmu. Walaupun PMR ialah langkah pertama bagi murid tingkatan 3 menentukan arah tuju mereka selepas ini , oleh itu semestinya mereka berusaha dengan keupayaan yang ada untuk membuktikan kecemerlangan yang mesti dicapai oleh mereka.

Pihak sekolah telah menganjurkan solat hajat perdana pada hari Khamis iaitu 1 Oktober 2009 yang bertujuan memohon pertolongan dan keredhoaan Allah diatas usaha yang telah dilakukan oleh guru-guru dan murid-murid semdiri.

Solah hajat yang akan diadakan dilaksanakan bersama ibubapa, guru-guru ,dan murid -murid tingkatan 3 dan tingkatan 5 bermula selepas solat magrib.

Wednesday, September 16, 2009

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2009

Murid-murid Tingkatan 5 yang sedang menghadapi peperiksaan percubaan SPM 2009 yang bermula 1 september diharap dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna dengan menjawab soalan dengan baik dan betul. Jangan lupa peraturan dan teknik menulis jawapan dengan betul seperti mana yng telah dipelajari semasa kursus.

Sunday, August 16, 2009

RENUNGAN UNTUK MENGUBAH SIKAP

Riyak, ujub dan lain-lain sifat mazmumah itu paling payah dihindari kerana gerakannya terlalu halus. Macam desiran semut, tidak dapat didengar bunyinya. Kita tidak terasa kemahuan-kemahuan nafsu atau dorongan-dorongan kemahuan hati yang jahat kerana halusnya itu. Inilah yang dikatakan syirik khafi. Kalau tidak disuluh dengan pandangan mata hati (basirah), ia tidak akan terasa adanya.

Sabda Rasulullah SAW: “Sekarang aku akan menceritakan kepadamu, bahawa apabila dihafalkan (diambil perhatian) olehmu akan berguna tetapi kalau dilupakan (tidak dipedulikan) olehmu maka kamu tidak akan mempunyai hujah di hadapan Allah kelak. Hai Muaz, Allah itu menciptakan tujuh malaikat sebelum Dia menciptakan langit dan bumi. Setiap langit ada seorang malaikat yang menjaga pintu langit dan tiap-tiap pintu langit dijaga oleh malaikat penjaga pintu menurut kadarnya pintu dan keagungannya. Malaikat yang memelihara amalan si hamba akan naik ke langit membawa amalan itu ke langit pertama. Penjaga akan berkata kepada malaikat Hafazah: ‘Saya penjaga tukang umpat. Lemparkan balik amalan ini ke muka pemiliknya kerana saya diperintahkan untuk tidak menerima amalan tukang umpat.’


Esoknya naik lagi malaikat Hafazah membawa amalan si hamba. Di langit kedua penjaga pintunya berkata: ‘Lemparkan balik amalan ini ke muka pemiliknya sebab dia beramal kerana mengharapkan keduniaan. Allah memerintahkan supaya ditahan amalan ini jangan sampai lepas ke langit yang lain.’ Kemudian naik lagi malaikat Hafazah ke langit ketiga membawa amalan yang sungguh indah. Penjaga langit berkata: ‘Lemparkan balik amalan ini ke muka pemiliknya kerana dia seorang yang sombong’.”

Rasulullah SAW meneruskan sabdanya: “Berikutnya malaikat Hafazah membawa lagi amalan si hamba ke langit keempat. Lalu penjaga langit itu berkata: ‘Lemparkan balik amalan ini ke muka empunyanya. Dia seorang yang ujub. Allah memerintahkan aku menahan amalan yang ujub.’

Seterusnya amalan si hamba yang lulus di langit kelima dalam keadaan bercahaya-cahaya dengan jihad, haji, umrah dan lain-lain tetapi di pintu langit kelima penjaganya berkata: ‘Ini adalah amalan tukang hasad. Dia sangat benci pada nikmat yang Allah berikan pada hamba-Nya yang lain. Dia tidak redha dengan kehendak Allah. Sebab itu Allah perintahkan amalannya dilemparkan balik ke mukanya. Allah tidak terima amalan pendengki dan hasad.’

Di langit keenam, penjaga pintu akan berkata: ‘Saya penjaga rahmat. Saya diperintahkan untuk melemparkan balik amalan yang indah ini ke muka pemiliknya kerana dia tidak pernah mengasihi orang lain. Kalau orang mendapat musibah dia merasa senang. Sebab itu amalan ini jangan melintasi langit ini.’

Malaikat Hafazah naik lagi membawa amalan si hamba yang lepas hingga langit ketujuh. Rupa cahayanya bagaikan kilat dan suaranya bergemuruh. Di antara amalan itu ialah sembahyang, puasa, sedekah, jihad, warak dan lain-lain lagi. Tetapi penjaga pintu langit berkata: ‘Saya ini penjaga sum’ah (ingin masyhur). Sesungguhnya si pengamal ini ingin masyhur dalam kumpulan-kumpulan dan selalu ingin tinggi di saat berkumpul dengan kawan-kawan yang sebaya dan ingin mendapat pengaruh dari para pemimpin. Allah memerintahkan padaku agar amalan ini jangan melintasiku. Tiap-tiap amalan yang tidak bersih kerana Allah maka itulah riyak. Allah tidak akan menerima dan mengkabulkan orang-orang yang riyak.’

Kemudian malaikat Hafazah itu naik lagi dengan membawa amal hamba yakni sembahyang, puasa, zakat, haji, umrah, akhlak yang baik dan pendiam, zikir pada Allah, diiringi malaikat ke langit ketujuh hingga sampai melintasi hijab-hijab dan sampailah ke hadrat Allah SWT. Semua malaikat berdiri di hadapan Allah dan semua menyaksikan amalan itu sebagai amalan soleh yang betul-betul ikhlas untuk Allah.

Tetapi firman Tuhan: ‘Hafazah sekalian, pencatat amal hamba-Ku, Aku adalah pengintip hatinya dan Aku lebih mengetahui apa yang dimaksudkan oleh hamba-Ku ini dengan amalannya. Dia tidak ikhlas pada-Ku dengan amalannya. Dia menipu orang lain, menipu kamu (malaikat Hafazah) tetapi tidak boleh menipu Aku. Aku adalah Maha Mengetahui. Aku melihat segala isi hati dan tidak akan terlindung bagi-Ku apa saja yang terlindung. Pengetahuan-Ku atas apa yang telah terjadi adalah sama dengan pengetahuan-Ku atas apa yang bakal terjadi. Pengetahuan-Ku atas orang yang terdahulu adalah sama dengan pengetahuan-Ku atas orang-orang yang datang kemudian. Kalau begitu bagaimana hamba-Ku ini menipu Aku dengan amalannya? Laknat-Ku tetap padanya.’ Dan ketujuh-tujuh malaikat beserta 3000 malaikat yang mengiringinya pun berkata: ‘Ya Tuhan, dengan demikian tetaplah laknat-Mu dan laknat kami sekalian bagi mereka.’ Dan semua yang di langit turut berkata: ‘Tetaplah laknat Allah kepadanya dan laknat orang yang melaknat’.”

Sayidina Muaz kemudian menangis teresak-esak dan berkata: “Ya Rasulullah, bagaimana aku boleh selamat dari apa yang diceritakan ini?” Sabda Rasulullah SAW: “Hai Muaz, ikutilah Nabimu dalam soal keyakinan.”

Muaz bertanya kembali: “Tuan ini Rasulullah sedangkan saya ini hanya Muaz bin Jabal. Bagaimana saya boleh selamat dan boleh lepas dari bahaya tersebut?”

Sabda Rasulullah SAW: “Ya begitulah, kalau dalam amalanmu ada kelalaian maka tahanlah lidahmu jangan sampai memburukkan orang lain. Ingatlah dirimu sendiri pun penuh dengan aib, maka janganlah mengangkat diri dan menekan orang lain.Jangan riyak dengan amal supaya amal itu diketahui orang. Jangan termasuk orang yang mementingkan dunia dengan melupakan Akhirat. Kamu jangan berbisik berdua ketika di sebelahmu ada orang lain yang tidak diajak berbisik. Jangan takabur pada orang lain nanti luput amalanmu dunia dan Akhirat dan jangan berkata kasar dalam suatu majlis dengan maksud supaya orang takut padamu. Jangan mengungkit-ungkit apabila membuat kebaikan. Jangan merobekkan peribadi orang lain dengan mulutmu, kelak engkau akan dirobek-robek oleh anjing-anjing jahanam. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: ‘Di Neraka itu ada anjing-anjing perobek badan manusia’.”

Muaz berkata: “Ya Rasulullah, siapa yang tahan menanggung penderitaan semacam itu?” Jawab Rasulullah SAW: “Muaz, yang kami ceritakan itu akan mudah bagi mereka yang dimudahkan Allah SWT. Cukuplah untuk menghindar semua itu, kamu menyayangi orang lain sebagaimana kamu mengasihi dirimu sendiri dan benci apa yang berlaku kepada orang lain apa-apa yang dibenci oleh dirimu sendiri. Kalau begitu kamu akan selamat dan dirimu pasti akan terhindar."

Monday, July 20, 2009

IDEA MARKET

Mengajar pelajar cara atau teknik menangkap ikan bukan memberi ikan untuk dimakan sahaja. Ikan akan habis dimakan, tetapi kalau pelajar tahu cara nak mendapatkan ikan meraka tidak akan kelaparan atau tidak kehabisan ikan untuk digunakan bila waktunya diperlukan.

Guru yang hebat sentiasa berfikir dan mengajar atau menunjukan cara bagaimana konsep boleh difahami oleh pelajar , seterusnya boleh diaplikasikan dalam kehidupan .

Thursday, May 21, 2009

SELAMAT HARI GURU

Untuk renungan

Kalau kamu punya seorang saja yang kamu benci
itu sudah terlalu banyak

Kalau kamu punya sejuta orang yang kamu sayang
itu masih terlalu sedikit

Nikmatilah hidupmu dengan saling menyayangi
dan bersangka-baik dengan orang lain

Kerana sesungguhnya Allah itu Ar Rahman
DIA Maha Pemurah sekalipun kepada orang yang menderhakai- Nya

Jangan hancurkan hidupmu dengan membenci dan bersangka buruk terhadap orang lain
Kerana sesungguhnya Allah itu Al Alim
DIA Maha Mengetahui
sekalipun apa yang terlintas di dalam hatimu

Kalau kakimu sakit bersabarlah
Kerana kesakitan itu hanya berbahaya untukmu di dunia
Tapi kalau hatimu sakit
segeralah sembuhkan
Kerana sakit hatimu itu
boleh merosak hidupmu di dunia dan di akhirat

Benci, sakit hati, hasad dengki, sangka buruk itu
seperti api dalam sekam
Akan membakar seluruh hidupmu tanpa kau sedari

Wednesday, April 22, 2009

Minggu Teknik dan Vokasional

Panitia-Panitia yang berada dibawah Bidang Teknik dan Vokasional telah Keluarkan Pemformatan daripada pemilihanmengadakan pelbagai program sepanjang minggu ini bermula 20 April hingga 24 April 2009. Dibawah ini ialah jadual program yang telah dirangka oleh Ketua Panitia bersama dengan guru-guru mata pelajaran masing-masing.





Monday, April 20, 2009

Pembinaan Item

Penilaian merupakan perkara yang sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Terdapat dua jenis penilaian yang biasa dilaksanakan disekolah
1. Jenis Sumatif
2. Jenis Formatif
Sebelum penilaian dijalankan sudah tentu soalan atau item yang mesti disediakan atau digubal dahulu.
Bermula dengan membina JSI ,kemudian item dibina berdasarkan JSI yang telah disediakan.
JSI bertindak sebagai panduan,penentusahkan item dan untuk menetukan kepentingan sesuatu topik yang diajar.
Item yang dibina bersandarkan teksonomi bloom , dimulakan dengan Tingkat pengetahuan, Kefahaman,Aplikaasi, Analisis, Sintesis, dan Penilaian.

SMKSR telah mengadakan kursus LDP pembinaan item bagi semua guru pada 18 April 2009 iaitu hari Sabtu.

Thursday, April 16, 2009

PENDIDIKAN DAN MEMBANGUNKAN INSAN

Pada hari ini , SMK Simpang Rengam telah digemparkan dengan kehadiran Ketua Balai Polis Simpang Rengam.Ketua Balai telah memberi penerangan pelbagai perkara yang berlaku dalam kehidupan sebagai panduan oleh pelajar -pelajar tingkatan 4.
Sebagai renungan kita saya berharap artikel dibawah boleh dijadikan paduan.
Artikel di dalam sebuah surat khabar utama di Malaysia yang melaporkan mengenai keruncingan masalah di kalangan para pelajar yang bertajuk "'Jiwa kosong, dahaga perhatian’
Menurut artikel itu, PEGANGAN agama yang longgar serta penekanan ibu bapa yang terlalu mementingkan pencapaian akademik adalah antara penyebab utama jiwa pelajar tertekan lalu mudah terjebak dalam kejadian tidak diingini termasuk jenayah.
“Ini menjadikan kehidupan mereka amat tertekan. Jadual mereka padat dengan tanggungjawab akademik serta perlu memenuhi tuntutan ibu bapa sepanjang masa.Hal ini tidaklah menghairankan, kerana sistem pendidikan yang ada sekarang ini sekalipun ianya dilabelkan Islam, tetapi hanya mampu mengubah dasar, matlamat serta teknik pentadbiran aqliah dan lahiriah sahaja, namun ianya tidak dapat mengubah jiwa atau rohaniah manusia sehingga membuatkan mereka merasa diri mereka adalah hamba yang perlu patuh kepada Allah SWT.
Manusia bukan hanyalah fizikal dan akal saja, tetapi memiliki hati nurani atau roh .
Namun kita tidak tahu betapa pentingnya roh ini dan tidak tahu bagaimana membangunkan hati nurani atau roh tersebut.
Bahkan mereka sendiri tidak mampu mendidik dan membangunkan hati nurani atau roh mereka sendiri.
Akhirnya mereka hanya mampu menjayakan pembangunan akal dan material saja, sedangkan rohaniah anak didiknya tidak jauh bezanya dengan haiwan.
Sekarang ini ramai manusia yang sombong, ego, kejam, pemarah, hasad dengki, gila kuasa, gila dunia, menggunakan kekuatan flzikal, akal dan segala cara untuk mencapai tujuannya.
Hasilnya semakin terbangun akal dan material manusia, semakin huru-hara dan kacau-bilau dunia. Tiada kasih sayang, keamanan, kedamaian dan keharmonian. Jauh sekali daripada keampunan Tuhan.
Padahal kejayaan besar seorang pendidik atau pemimpin ialah dapat melakukan pembangunan insaniah manusia sehingga mereka mengalami perubahan jiwa, fikiran dan fizikal.
Insaniahnya dibangunkan sehingga mempunyai ciri-ciri malaikat, akalnya di-bangunkan dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat, selamat dan menyelamatkan dan fizikalnya dibangunkan sehingga menjadi sihat dan kuat untuk beribadah kepada Allah dan berkhidmat kepada sesama manusia.

Saturday, April 11, 2009

Rasa Kehambaan

Tujuan sembahyang kerana hendak melahirkan rasa kehambaan kepada Allah yang Maha Pencipta lagi Berkuasa. Oleh itu di dalam sembahyang mesti hudhur, faham, takzim, hebat, raja', haya', kalau rasa-rasa tersebut tidak ada di dalam sembahyang bukan sembahyang namanya.

Friday, April 10, 2009

Mata Pelajaran ICT

Di Kluang hanya empat buah sekolah yang menawarkan mata pelajaran ICT kepada para pelajar iaitu
  • SMK Simpang Rengam
  • SMK Jalan Mengkibol
  • SMK Dato' Haji Hassan Yunus
  • SMK Tinggi Kluang

Tenaga pengajar mahir yang memberi sumbangan dalam bidang ini ialah seramai 6 orang.

JKD Kluang bagi ICT ialah SMK Simpang Rengam . Bersama-sama guru Ketua Panitia Sekolah-sekolah tersebut , telah merancang beberapa program untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam mata pelajaran ICT. Iaitu ,

  1. Bengkel kecemerlangan kerja kursus
  2. Kursus pembinaan Bahan Bantu Mengajar ICT
  3. Pertandingan penyelengaraan komputer
  4. Bengkel Zoom A ICT

Wednesday, April 8, 2009

SATU SOALAN SEPULUH JAWAPAN


Sebuah kisah yang elok dijadikan panduan dalam kehidupan kita.Petikan daripada Ikhwan Today.

Sepuluh orang pembesar Yahudi telah datang menemui Sayidina Ali k.w.j secara bergilir-gilir. Mereka bertanyakan satu soalan yang serupa dan dijawab oleh Sayidina Ali dengan sepuluh jawapan yang berbeza-beza.

Soalannya: "Yang manakah lebih bermanfaat ilmu atau harta?"

" Tentulah ilmu" jawab Sayidina Ali.

" Apakah alasan tuan berkata dernikian?"

Sayidina Ali menjawab: "Ilmu itu pusaka ataupun warisan para Nabi sebaliknya harta itu pusaka Qarun."

Soalan: "Yang manakah lebih bermanfaat,ilmu atau harta? "

Sayidina Ali pun pun menjawab: "Tentulah iImu kerana ilmu itu menjaga dan memelihara kita, tetapi harta kita pula yang terpaksa menjaga dan memeliharanya."

Kali ketiga Sayidina Ali pun menjawab: "Tentulah ilmu kerana orang yang berharta banyak musuhnya seperti pencuri dan penyamun, dan sentiasa pula bimbang akan hartanya itu. Sebaliknya orang yang berilmu ramai sahabat dan sentiasa selamat. "

Jawapan keempat : "Ilmu lebih bermanfaat kerana harta jika selalu digunakan akan berkurangan, sebaliknya ilmu jika selalu digunakan akan bertambah. "

Jawapan yang kelima: "Ilmu lebih bermanfaat kerana orang berharta kerap dipanggil dengan gelaran bakhil atau cela. Tetapi orang berilmu sering dipanggil dengan nama yang baik dan mulia.

Jawapan yang keenam: "Ilmu lebih bermanafaat kerana harta perlu dijaga supaya tidak dicuri tetapi ilmu tidak perlu menjaganya daripada kecurian."

Jawapan ketujuh: " Ilmu lebih bermanfaat kerana harta akan dihisab kelak tetapi ilmu akan memberi syafaat."

Jawapan kelapan: Sayidina Ali tetap mengatakan " Ilmu lebih bermanafaat kerana harta akan rosak sekiranya disimpan tetapi ilmu tidak akan rosak walau selama manapun disimpan."

Jawapan kesembilan: " Ilmu lebih bermanafaat kerana harta mengeraskan hati tetapi ilmu melembutkan hati."

Dan jawapan yang terakhir untuk pembesar Yahudi yang kesepuluh Sayidina Ali tetap mangatakan ilmu lebih bermanfaat daripada harta kerana pemilik harta selalu merasakan dirinya hebat, malah ada yang merasakan dirinya Tuhan seperti Qarun. Tetapi pemilik ilmu selalu merasakan dirinya lemah dan hamba Allah.

Ackhirnya sepuluh orang pembesar Yahudi itu berkumpul semula membincangkan jawapan yang diberi oleh SayidinaAli. Memang benarlah Sayidina Ali seorang yang tinggi ilmunya.

Dengan kehendak Allah kesepuluh orang pembesar Yahudi itu pergi semula ke rumah Sayidina Ali untuk memeluk agama Islam.

Kata Sayidina Ali: "Jika datang lagi mereka kepada aku bertanyakan soalan yang sama, aku tetap akan memberikan jawapan yang berlainan sehingga akhir hayatku."

Tuesday, April 7, 2009

Audit Akademik


Guru dapat menilai keupayaan dan kebolehan pelajar dalam akademik berdasarkan pencapaian murid dalam ujian atau peperiksaan.


Beberapa perkara yang boleh dinilai antaranya:
  • kemampuan murid menjawab soalan dalam format yang tertentu samada objektif atau subjektif.

  • menilai kefahaman murid dalam tajuk tertentu yang diajar.

  • mencari formula terbaik untuk mengatasi kelemahan atau menambahbaik program yang telah ada.

  • menilai keupayaan diri sendiri ketika P&P berjalan.

Sebagai manusia kita hanya oleh berusaha dan Tuhan yang akan mengizinkan.



Sunday, March 15, 2009

TAHNIAH ! CEMERLANG SPM 2008

Tahniah!. Kepada Pengetua, semua guru-guru dan warga SMKSR yang telah berusaha keras untuk memastikan kejayaan dinikmati oleh pelajar SMKSR Tingkatan 5, 2008 yang telah mendapat keputusan SPM dengan cemerlang yang telah diumumkan pada 12 Mac lepas.

Friday, March 13, 2009

Manusia bukan tidak tahu selepas muda pasti tua. Tapi dia lupa tua akan datang diwaktu mudanya. Dia pun membuang-buang tenaga dan masa diwaktu mudanya, seolah-olah merasakan masa muda selama-lamanya. Apabila tua datang, baru dia menyesal ingin kembali kepada zaman mudanya untuk menebus kembali segala yang disia-siakan tapi angan-angan yang sia-sia itu tiada gunanya. Menyesal tidak berkesudahan"

KERJA KURSUS (Penilaian Berasaskan sekolah)

Mata pelajaran didalam bidang Teknik dan Vokasional yang dikehedaki melaksanakan kerja kursus (PBS)

1) Kemahiran Hidup dibahagi kepada 4 bahagian:
KH 1 : Kemahiran Teknikal
KH 2: Ekonomi Rumah Tangga
KH 3: Pertanian
KH 4: Perdagangan

2) Rekacipta

3) Lukisan Kejuruteraan

4) Teknologi Kejuruteraan

5) ICT

Monday, March 2, 2009

CARTA ORGANISASI BIDANG TEKNIK DAN VOKASIONAL 2009

PN HAJAH ROHANI BT BAKAR
Pengetua Cemerlang

TN HAJI MOHAMAD BIN YUSOF
Penolong Kanan

PN LATIPAH BT NGALIMAN
Penolong Kanan Petang

PN RAHIMAH BT IBRAHIM
GKM Teknik dan Vokasional

Ketua-ketua Panitia
KEMAHIRAN HIDUP - PN NORIHAN BT PUTEH
PRINSIP AKKAUN - PN MAZILINA BT MINHAT
EKONOMI ASAS - PN HANIZA BT YAHYA
REKACIPTA- EN UDA B TUKIMIN
TEKNOLOGI KEJURUTERAAN - EN YUSLIN B YUSOF
LUKISAN KEJURUTERAAN - EN JASNI B SABARIMON
PERDAGANGAN - PN ANIZA BT SAHRIM
ICT - En Amir Hamzah

Guru-guru Mata pelajaran
Kemahiran Hidup - En Arbaian b Darjad
En Rosman b Mohamad
En Ab Samat b Ithnin
En Uda b Tukimin
En Aminuddin b Hamzah
En Muzafar Shah b Ali Shah
Pn Salimah bt Mokesing
Cik Nurulazlilawati bt Zaid
Cik Rahmadhaniah bt Abd Majid
Prinsip Akaun - Pn Salrafiah Hasliza bt Mohd Salleh
Rekacipta - Pn Azliana bt Md Isa
Perdagangan - Cik Noraini bt Johari