Thursday, April 16, 2009

PENDIDIKAN DAN MEMBANGUNKAN INSAN

Pada hari ini , SMK Simpang Rengam telah digemparkan dengan kehadiran Ketua Balai Polis Simpang Rengam.Ketua Balai telah memberi penerangan pelbagai perkara yang berlaku dalam kehidupan sebagai panduan oleh pelajar -pelajar tingkatan 4.
Sebagai renungan kita saya berharap artikel dibawah boleh dijadikan paduan.
Artikel di dalam sebuah surat khabar utama di Malaysia yang melaporkan mengenai keruncingan masalah di kalangan para pelajar yang bertajuk "'Jiwa kosong, dahaga perhatian’
Menurut artikel itu, PEGANGAN agama yang longgar serta penekanan ibu bapa yang terlalu mementingkan pencapaian akademik adalah antara penyebab utama jiwa pelajar tertekan lalu mudah terjebak dalam kejadian tidak diingini termasuk jenayah.
“Ini menjadikan kehidupan mereka amat tertekan. Jadual mereka padat dengan tanggungjawab akademik serta perlu memenuhi tuntutan ibu bapa sepanjang masa.Hal ini tidaklah menghairankan, kerana sistem pendidikan yang ada sekarang ini sekalipun ianya dilabelkan Islam, tetapi hanya mampu mengubah dasar, matlamat serta teknik pentadbiran aqliah dan lahiriah sahaja, namun ianya tidak dapat mengubah jiwa atau rohaniah manusia sehingga membuatkan mereka merasa diri mereka adalah hamba yang perlu patuh kepada Allah SWT.
Manusia bukan hanyalah fizikal dan akal saja, tetapi memiliki hati nurani atau roh .
Namun kita tidak tahu betapa pentingnya roh ini dan tidak tahu bagaimana membangunkan hati nurani atau roh tersebut.
Bahkan mereka sendiri tidak mampu mendidik dan membangunkan hati nurani atau roh mereka sendiri.
Akhirnya mereka hanya mampu menjayakan pembangunan akal dan material saja, sedangkan rohaniah anak didiknya tidak jauh bezanya dengan haiwan.
Sekarang ini ramai manusia yang sombong, ego, kejam, pemarah, hasad dengki, gila kuasa, gila dunia, menggunakan kekuatan flzikal, akal dan segala cara untuk mencapai tujuannya.
Hasilnya semakin terbangun akal dan material manusia, semakin huru-hara dan kacau-bilau dunia. Tiada kasih sayang, keamanan, kedamaian dan keharmonian. Jauh sekali daripada keampunan Tuhan.
Padahal kejayaan besar seorang pendidik atau pemimpin ialah dapat melakukan pembangunan insaniah manusia sehingga mereka mengalami perubahan jiwa, fikiran dan fizikal.
Insaniahnya dibangunkan sehingga mempunyai ciri-ciri malaikat, akalnya di-bangunkan dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat, selamat dan menyelamatkan dan fizikalnya dibangunkan sehingga menjadi sihat dan kuat untuk beribadah kepada Allah dan berkhidmat kepada sesama manusia.

No comments: